✿Followers✿

MyEm0.Comhai reader ! thnk for viewing , following n commenting . luv u all !

sampai bila



kau kata kau takut 
takut dengan kuasa-NYA
sikit demi sikit DIA tunjuk kehebatan-NYA
tapi kau masih dungu
kau masih tetap kau yang dulu
masih penuh dosa
tanpa sebarang ubah, sampai bila?


sapa tahu



muka papar senyum
mata bersinar cahaya
diri nampak tenaga
kaki jauh langkah
tapi dalam hati sapa tahu



sibuk sibuk



aku sibuk sibuk jaga hati orang
sampai hati sendiri retak pon tak sedar
aku sibuk sibuk jaga langkah orang
sampai langkah sendiri tersadung sembah bumi pon tak rasa sakit

kenapa aku suka



aku duduk rumah kayu
tapi takpa
aku makan ikan masin
tapi takpa
aku pakai baju koyak
tapi takpa
aku pakai selipa jepun
tapi takpa
aku tak berduit
tapi takpa
kerana;
aku ada keluarga
keluarga yang kaya dengan kebahagian
yang kaya dengan gelak tawa
susah pon takpa janji aku dihidangkan dengan senyuman mereka


alahai



kau sibuk jaga hati orang
sedangkan hati kau sendiri dirobek
kau sibuk letak hati orang di tempat tinggi
sedangkan hati kau sendiri yang paling bawah
kau sibuk pegang hati orang
sedangkan hati kau sendiri dipijak
manusiaaa
entah sampai bila perlu jaga hati orang
fikir hati orang
sedang orang buat kau macam ada tak ada
kesian, akhirnya menangis sendiri



ayah


Raut wajah ayah?
raut yang penuh kerutan
kerutan memikir seribu satu macam
untuk melindungi ahli keluarganya
untuk memberi kasih sayang abadi
untuk menjamin kebahagian sejati
untuk memberi makan minum 
untuk memberi kesenangan walaupun sedikit tetap mencuba memberi 
namun dengan seibu satu macam itu
yang mengundang kepenatan
tetapi
masih mampu mengukir senyuman
senyuman yang mencairkan ahli keluarganya
AYAH.. sedarla anakmu ini sangat merinduimu